FATIN EMILIA BINTI MUSA dilahirkan pada 04 September 1990 di Pontian, Johor Darul Ta’zim. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan harapan kepada mak dan ayah tersayang. Bukan berseorangan lagi sekarang dan sedang menunggu aturan yang lebih baik dari yang Maha Esa. Anak jati negeri Johor Darul Ta'zim dan berazam mahu menabur bakti di tanah tumpah negeri kelahiran kelak. Diakui sangat sensetif walaupun pada hakikatnya nampak garang di mata rakan-rakan. Dan sentiasa percaya nikmat BERSYUKUR itu sangat besar ertinya dalam hidup. Sehingga ke hari ini, tak ada nikmat lain yang boleh didustakan kerana perjalanan hidup yang telah DIA aturkan adalah sebaik-baik aturan.